Snorkeling trip
HARI KE-2 di Perhentian Island: Penerokaan alam di dasar lautan
Setelah seharian puas dengan aktiviti berenang, jungle trakking, dan berehat di sekitar long beach, kini tiba lah saat yang di tunggu2 SNORKELING trip! Wow! sangat excited!
Checklist - snorkeling trip preparations (All done)
Ok, Setelah semuanya ready, awal2 pagi lagi dengan semangat berkobar-kobar kami menuju ke Suhaila shop's. Kedai yang menjual ticket snorkeling trip. Seperti di janjikan tepat jam 11 Pagi, kami telah berada di depan kedai tersebut untuk menanti kedatangan boat.
Tips: Pastikan korang beli ticket sehari sebelum trip bermula untuk mengelakkan dari ticket sold-out!!
Tips: Pastikan korang beli ticket sehari sebelum trip bermula untuk mengelakkan dari ticket sold-out!!
Suhaila shop's
Kami memilih pakej Long snorkeling trip yang berharga RM35 seorang lengkap dengan equipment. Pakej ni menawarkan 5 snorkeling point iaitu Shark Point, Lighthouse, Fish Point, Turtle point (Perhentian Island resort) & Mystery point (Pantai tiga ruang). Trip ni akan berhenti rehat & makan tengahari di kampung nelayan.
Kelengkapan snorkeling yang disediakan
Snorkel fins atau kaki itik
Tunggu punya tunggu, akhirnya bot pun sampai! yeahhh! Perasaan gembira & excited tak terkata. Destinasi pertama Fish Point disusuli Shark point.....
.......Dan trip pun BERMULA!
.......Dan trip pun BERMULA!
Kembang kempis hidung aku.. Excited untuk Snorkeling
Sampai ke destinasi pertama - Fish Point, memang tersangat banyak ikan disini, seolah-olah berenang di dalam akuarium kat Underwater World tu. Ikan kat sini semuanya jinak-jinak dan comel-comel. Geram aku tengok. Rasa macam nak curi sekor & bawak balik.. haha
Tips: Jangan lupa bawa roti, bagi ikan makan...so, korang akan dikerumui ikan..baru best..hehe!!
Peace!!
Banyak sangat ikan kat sini
Walaupun banyak jenis ikan yang aku jumpa, tapi satu-satunya ikan menarik perhatian kat sini ialah IKAN SELAR KUNING. Terpegun aku dibuatnya bila beribu-ribu ikan Selar Kuning bergerak serentak didalam kumpulan seolah-olah sedang membuat pertunjukkan live Gymnastic berirama. Aku terpesona seketika dengan kejadian Allah SWT ni.... SubhanAllah..Sangat cantik!
Ikan Selar Kuning
Baby Shark
K, lepas tu kami di bawa ke Shark point... Bila dengar je Shark rasa cam takut je kan.. Tapi, sebenarnya, Shark ni bukan lah merbahaya seperti yang di bayangkan..So, dont worry k..semuanya selamat..Papepun, aku agak tertarik dengan cara Shark ni bergerak.. ia berenang agak laju seperti seorang otai.. Ciri-ciri sifat pemangsa dalam dirinya memang terserlah..hehe..
Baby Shark
Trip di teruskan ke destinasi seterusnya Lighthouse! Haaa... Coral-coral kat sini tersangat cantik.. bab kata kawan aku cantik gila babeng.. walaupun tak banyak ikan tapi puas hati tengok kecantikkan semulajadi batu karang...Semuanya cantik dan besar, seolah-olah berada dalam taman di lautan...
Light house (Rumah api)Peringatan: Sila berhati-hati di kawasan ni kerana lokasinya di tengah lautan & permukaan air agak dalam..
Seterusnya kami di bawa ke tempat yang di tunggu-tunggu iaitu Turtle Point! Perasaan teruja aku semakin menebal untuk tengok penyu. Setibanya di destinasi, kelihatan kepala penyu di permukaan air dan tanpa tunggu lagi driver bot terus menuju ke arah penyu tersebut....
Tanpa melengahkan masa, aku pun.......
1) Bersiap sedia...
2) Terjun ke dalam air
3) ..dan terus kejar penyu..weeee
Comel sangat penyu ni...
Aku terus... dan terus mengejar penyu yang agak besar & comel tu..ia berjalan sangat perlahan sambil makan rumpai laut di dasar laut tanpa menghirau kan kami yang mengekorinya..Cool je dia..Hihi.. Untuk makluman, bilangan penyu di Malaysia kini kian berkurangan, so aku berharap semoga kita semua membendung penyu dari kepupusan..Ia satu ciptaan yang unik dan harus dikekalkan sehingga ke masa depan..;')
Setelah penat bersnorkeling & menyaksikan keindahan di dasar laut, kami berhenti rehat seketika dan makan tengahari di kampung nelayan...
Lunch break @ Kampung Nelayan yang agak modern
Oleh kerana aku mabuk laut, jadi aku mengambil kesempatan berehat di kg nelayan sambil menjamu juadah di restoren berdekatan. Harga makanan di sini agak berpatutan dan banyak variasi makanan tradisional antaranya Otak-otak atau bahasa inggeris nya Fish BBQ.. Hoho..baru aku tahu!
lepas perut dah kenyang, solat zohor dah ditunaikan, mabuk laut pun dah hilang, Jadi, Trip diteruskan...
Kali ni nama tempat snorkeling nya agak scary... iaitu mystery point...apa yang mystery aku pun tak tahu..
So, jomm ikuti pengalaman aku seterusnya...
So, jomm ikuti pengalaman aku seterusnya...
Akhirnya sampai juga ke destinasi terakhir. Tempatnya cantik .. dan sunyi.... ia digelar Mystery Point atau Pantai tiga ruang kerana dipisahkan dengan tiga pantai. Aku tak sure kenapa ia digelar misteri.. mungkin ada cerita di sebalik nama..
Terdapat air mata air yang datang dari atas bukit yg mengalir ke pantai dan terbentuk sebuah telaga kecil.. Menurut kisah, sesiapa mandi air ini, segala hasratnya akan menjadi kenyataan.. tapi, tu semua kepercayaan karut...aku tak percaya..hehe..
Bagi aku, yang betul-betul misteri pasal tempat ni ialah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bumperhead parrot fish
bila terjumpa ikan berkepala benjol dan bersaiz BAPAK besar, cukup membuatkan aku terkedu seketika.. lebih menarik lagi, mereka mengawan di depan mata..dasyat! HAHAHA amazing! Bak kata driver bot, aku agak bertuah kerana dapat jumpa ikan ni. Yeah! memang seronok dapat tgk ikan gergasi yang bersaiz orang dewasa ni.. terpegun melihat bentuk badannya besar dan unik..
Snorkeling di Pantai tiga ruang merupakan satu penutup pengembaraan yang terbaik! Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan snorkeling trip kali ni sebab dapat tengok keindahan dasar laut dan spesis-spesis hidupan laut yang jarang diketahui.
Kini, berakhir lah satu percutian berharga yang tak dapat dilupakan.. Walaupun hati rasa berat nak meninggalkan Perhentian, tapi kenangan manis akan terus segar di ingatan dan terus dikenang sampai bila-bila..Yang pastinya. aku akan datang kembali ke sini ;')
Perhentian Island..In memory..
~23 June 2012~
Perhentian surely welcoming u again!.. btw, thanks for visiting..
ReplyDeletethanks also for nice trip...
Deletebtw,I Miss Perhentian already :(
best nyeeeeeeee....saya x sabar nak kesana hjg bln 5 nnt..tapi saya stay kt d'lagoon :)
ReplyDeletenak tanya...u pegi sana book dulu hotel or just walk in? I rasa u x amik package mkn+hotel+snorkeling kn? just nak tau sbb I beminat nak pegi p.perhentian.
ReplyDelete