Monday, 9 July 2012

Perhentian Island trip - 23 June 2012: Part 1



 
Terbaikk!!! itu konklusi paling tepat untuk percutian ke Pulau Perhentian, Terengganu untuk kali ini. Actually, ni bukan kali pertama aku ke sana, tapi menariknya trip kali ni adalah aku & the geng bercuti secara Backpacking. Yeah! sememangnya sangat adventure untuk "Budak Manja" macam aku. Huahuahua

Untuk pengetahuan semua, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Setiap pulau mempunyai kecantikkan tersendiri. Antara pantai yang femes di Perhentian Besar adalah Perhentian Island Resort manakala Perhentian Kecil femes dengan Pantai Long beach dan Coral bay yang selalu menjadi tumpuan para remaja.
Perhentian islands map

Ia mengambil masa 30 minit untuk sampai ke pulau dengan menaiki speedboat dari Jetty Kuala Besut. Di ketika itu dengan serta-merta muka aku berubah secara automatiknya menjadi begitu serius sambil duduk tegak dan memandang kehadapan dengan penuh fokus sambil berdoa dalam hati "Ya, Allah selamatkan lah perjalanan ku". Doa tersebut menjadi semakin pantas pabila boat di lambung ombak besar. Takut tau tak? Korang dapat bayangkan tak ketakutan aku? haha



Papepun, ia tetap pengalaman yang best, dapat naik Speedboat terbang yang di pandu oleh mat rempit di lautan! Yeahaaa, salute la diorang!! bawak bot macam bawak motor, memang hebat!


Ok, untuk trip kali ini kami memilih Moonlight chalet yang terletak di Long beach. Chalet ni sangat simple.. tiada air-cond, tiada water heater & lain2 barang2 yang canggih! Hanya kipas, 4 biji katil single, balcony & basic toilet yang disediakan. Sesuai untuk "Backpackers" macam kitaorang.. hanya perlukan tempat untuk tidur dan berehat. Harga bilik hanya RM150/night. Murah kan?

Nice view from our chalet

Chalet's balcony 

First time jejak kaki di Long beach, perasaan teruja aku membuak-buak. Pantainya sangat cantik, airnya jernih sampai boleh nampak ikan-ikan kecil berenang ke tepian serta pasir halus-mulus lagi memutih membuatkan aku berasa seperti di syurga dunia. (Haha ayat nak gempak). Tapi serious, korang pasti kagum dengan ciptaan Allah di sana.

Long beach, Pulau Perhentian Kecil



Beautiful white sands

 Relaxing at chalet's restaurant 

The clear sapphire blue water

Beautiful creations

Tenang...

Iman..Kuatkan iman anda

Zon cuci mata

Cuaca dan angin sepoi-sepoi bahasa pada hari tu seolah-olah memanggil aku untuk berenang. Hati ini berkobar-kobar untuk masuk kedalam air..Jadi, aktiviti pertama aku berenang laa. Apa tunggu lagi kan? I just couldn't wait to get into the water. Aku pun berenang sampai tak hengat dunia sehinggalah matahari terbenam! Puas teramat sangat.

Come..Join me!

Sesi apungkan diri

 Look at the water...It's so clear

Bergambar dgn bot transformer



K, di sini korang boleh guna kan khidmat water taxi. Haaa ingat kat darat je ada taxi?? Kat perhentian pun ada. Peranan taxi/boat ni untuk membawa korang ke mana saja nak pergi di sekitar kawasan pulau. Jadi boleh la guna khidmat water taxi ni kalau nak merasai suasana di pantai lain. Takde la boring duk tempat sama je.

Senarai harga perkhidmatan taxi

Suasana petang di Long beach serta-merta menjadi sibuk dengan persiapan pekerja untuk membuka gerai makan di waktu malam.


Persiapan BBQ di waktu malam

Kemeriahan di teruskan pada waktu malam.. dengan aktiviti yang paling aku suke iaitu MAKAN seafood & BBQ!semuanya fresh & sedap dengan harga berpatutan! 


  Antara juadah yang dicuba..BBQ & Local foods
 
Kehidupan malam di Long beach terus meriah & ceria dengan persembahan Fire dance di Back tip Bar sambil dialunkan Dance music yang terus memecah keheningan malam! Para pengunjung turut menari bersama memeriahkan suasana sehingga pagi.. Ohh, sangat seronok! :')


Fire Dance







Sedang asyik menyaksikan Fire dance & Beach Party tanpa disedari hari sudah lewat malam. Dengan badan yang letih seharian berenang, So, apa lagi, balik chalet dan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TIDUR! haha..






.


                                        To be continued..........





.

10 comments:

  1. Beshnyaa .
    Ada jugak niat nak pergi.
    tapi tak pergi2.

    Ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      Pergi la..rugi duk Malaysia tapi tak pernah pergi..
      senang je nak ke sana, kalau malas drive, boleh naik flight atau naik bas.. banyak transport ke sana

      Selamat bercuti ke Perhentian nanti :)

      Delete
  2. bile la bole sampai agaknya ek,x pegi2 pun..cantik! awesome view, awesome beach! its so lovely.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! It is sooo lovely.. pergi la bercuti ke sana.. rugi tak pergi.. :)

      Delete
  3. babe.. u pakai camera dslr underwater ke atau digital cam aja? pic2 u hasil not bad.. inbox me fb for sharing pls fb id :amoideyla putra

    ReplyDelete
  4. besh besh.. x yah booking ek? walkin je?

    ReplyDelete
  5. So, x pakai package la eh? Just walk in booking ke or da call siap2? Nk tau overall bpe rgt spent kat sne..
    *curious nk tau sbb sy pn nk backpack ngn membe lg sorg.. pastu nk jimat obviously..haha..

    ReplyDelete
  6. ada contact no chalet tu tak?
    blh email ridzwan.rambeli@gmail.com
    tq

    ReplyDelete