Monday 23 July 2012

Perhentian Island trip - 23 June 2012: Part 2


Snorkeling trip

HARI KE-2 di Perhentian Island: Penerokaan alam di dasar lautan

Setelah seharian puas dengan aktiviti berenang, jungle trakking, dan berehat di sekitar long beach, kini tiba lah saat yang di tunggu2 SNORKELING trip! Wow! sangat excited!
Checklist - snorkeling trip preparations (All done)


Ok, Setelah semuanya ready, awal2 pagi lagi dengan semangat berkobar-kobar kami menuju ke Suhaila shop's. Kedai yang menjual ticket snorkeling trip. Seperti di janjikan tepat jam 11 Pagi, kami telah berada di depan kedai tersebut untuk menanti kedatangan boat.

Tips: Pastikan korang beli ticket sehari sebelum trip bermula untuk mengelakkan dari ticket sold-out!!

Suhaila shop's
Kami memilih pakej Long snorkeling trip yang berharga RM35 seorang lengkap dengan equipment. Pakej ni menawarkan 5 snorkeling point iaitu  Shark Point, Lighthouse, Fish Point, Turtle point (Perhentian Island resort) & Mystery point (Pantai tiga ruang). Trip ni akan berhenti rehat & makan tengahari di kampung nelayan.

Kelengkapan snorkeling yang disediakan


Snorkel fins atau kaki itik
Tunggu punya tunggu, akhirnya bot pun sampai! yeahhh! Perasaan gembira & excited tak terkata. Destinasi pertama Fish Point disusuli Shark point.....


.......Dan trip pun BERMULA!

Kembang kempis hidung aku.. Excited untuk Snorkeling

Sampai ke destinasi pertama - Fish Point, memang tersangat banyak ikan disini, seolah-olah berenang di dalam akuarium kat Underwater World tu. Ikan kat sini semuanya jinak-jinak dan comel-comel. Geram aku tengok. Rasa macam nak curi sekor & bawak balik.. haha

Tips: Jangan lupa bawa roti, bagi ikan makan...so, korang akan dikerumui ikan..baru best..hehe!!

Peace!!

Banyak sangat ikan kat sini

Walaupun banyak jenis ikan yang aku jumpa, tapi satu-satunya ikan menarik perhatian kat sini ialah IKAN SELAR KUNING. Terpegun aku dibuatnya bila beribu-ribu ikan Selar Kuning bergerak serentak didalam kumpulan seolah-olah sedang membuat pertunjukkan live Gymnastic berirama. Aku terpesona seketika dengan kejadian Allah SWT ni.... SubhanAllah..Sangat cantik!
Ikan Selar Kuning

K, lepas tu kami di bawa ke Shark point... Bila dengar je Shark rasa cam takut je kan.. Tapi, sebenarnya, Shark ni bukan lah merbahaya seperti yang di bayangkan..So, dont worry k..semuanya selamat..Papepun, aku agak tertarik dengan cara Shark ni bergerak.. ia berenang agak laju seperti seorang otai.. Ciri-ciri sifat pemangsa dalam dirinya memang terserlah..hehe..

 Baby Shark
Trip di teruskan ke destinasi seterusnya Lighthouse! Haaa... Coral-coral kat sini tersangat cantik.. bab kata kawan aku cantik gila babeng.. walaupun tak banyak ikan tapi puas hati tengok kecantikkan semulajadi batu karang...Semuanya cantik dan besar, seolah-olah berada dalam taman di lautan...

Peringatan: Sila berhati-hati di kawasan ni kerana lokasinya di tengah lautan & permukaan air agak  dalam..

Light house (Rumah api)

Seterusnya kami di bawa ke tempat yang di tunggu-tunggu iaitu Turtle Point! Perasaan teruja aku semakin menebal untuk tengok penyu. Setibanya di destinasi, kelihatan kepala penyu di permukaan air dan tanpa tunggu lagi driver bot terus menuju ke arah penyu tersebut....

Tanpa melengahkan masa, aku pun.......
  
1) Bersiap sedia...

2) Terjun ke dalam air


3) ..dan terus kejar penyu..weeee


Comel sangat penyu ni...

Aku terus... dan terus mengejar penyu yang agak besar & comel tu..ia berjalan sangat perlahan sambil makan rumpai laut di dasar laut tanpa menghirau kan kami yang mengekorinya..Cool je dia..Hihi.. Untuk makluman, bilangan penyu di Malaysia kini kian berkurangan, so aku berharap semoga kita semua membendung penyu dari kepupusan..Ia satu ciptaan yang unik dan harus dikekalkan sehingga ke masa depan..;')

Setelah penat bersnorkeling & menyaksikan keindahan di dasar laut, kami berhenti rehat seketika dan makan tengahari di kampung nelayan... 

Lunch break @ Kampung Nelayan yang agak modern

Oleh kerana aku mabuk laut, jadi aku mengambil kesempatan berehat di kg nelayan sambil menjamu juadah di restoren berdekatan. Harga makanan di sini agak berpatutan dan banyak variasi makanan tradisional antaranya Otak-otak atau bahasa inggeris nya Fish BBQ.. Hoho..baru aku tahu!
lepas perut dah kenyang, solat zohor dah ditunaikan, mabuk laut pun dah hilang, Jadi, Trip diteruskan... 
Kali ni nama tempat snorkeling nya agak scary... iaitu mystery point...apa yang mystery aku pun tak tahu..

So, jomm ikuti pengalaman aku seterusnya...

Akhirnya sampai juga ke destinasi terakhir. Tempatnya cantik .. dan sunyi.... ia digelar Mystery Point atau Pantai tiga ruang kerana dipisahkan dengan tiga pantai. Aku tak sure kenapa ia digelar misteri.. mungkin ada cerita di sebalik nama..

Terdapat air mata air yang datang dari atas bukit yg mengalir ke pantai dan terbentuk sebuah telaga kecil.. Menurut kisah, sesiapa mandi air ini, segala hasratnya akan menjadi kenyataan.. tapi, tu semua kepercayaan karut...aku tak percaya..hehe..

Bagi aku, yang betul-betul misteri pasal tempat ni ialah:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bumperhead parrot  fish

bila terjumpa ikan berkepala benjol dan bersaiz BAPAK besar, cukup membuatkan aku terkedu seketika.. lebih menarik lagi, mereka mengawan di depan mata..dasyat! HAHAHA amazing! Bak kata driver bot, aku agak bertuah kerana dapat jumpa ikan ni. Yeah! memang seronok dapat tgk ikan gergasi yang bersaiz orang dewasa ni.. terpegun melihat bentuk badannya besar dan unik..

Snorkeling di Pantai tiga ruang merupakan satu penutup pengembaraan yang terbaik! Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan snorkeling trip kali ni sebab dapat tengok keindahan dasar laut dan spesis-spesis hidupan laut yang jarang diketahui.

Kini, berakhir lah satu percutian berharga yang tak dapat dilupakan.. Walaupun hati rasa berat nak meninggalkan Perhentian, tapi kenangan manis akan terus segar di ingatan dan terus dikenang sampai bila-bila..Yang pastinya. aku akan datang kembali ke sini ;')
   
 

 Perhentian Island..In memory..
~23 June 2012~


Monday 9 July 2012

Perhentian Island trip - 23 June 2012: Part 1



 
Terbaikk!!! itu konklusi paling tepat untuk percutian ke Pulau Perhentian, Terengganu untuk kali ini. Actually, ni bukan kali pertama aku ke sana, tapi menariknya trip kali ni adalah aku & the geng bercuti secara Backpacking. Yeah! sememangnya sangat adventure untuk "Budak Manja" macam aku. Huahuahua

Untuk pengetahuan semua, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Setiap pulau mempunyai kecantikkan tersendiri. Antara pantai yang femes di Perhentian Besar adalah Perhentian Island Resort manakala Perhentian Kecil femes dengan Pantai Long beach dan Coral bay yang selalu menjadi tumpuan para remaja.
Perhentian islands map

Ia mengambil masa 30 minit untuk sampai ke pulau dengan menaiki speedboat dari Jetty Kuala Besut. Di ketika itu dengan serta-merta muka aku berubah secara automatiknya menjadi begitu serius sambil duduk tegak dan memandang kehadapan dengan penuh fokus sambil berdoa dalam hati "Ya, Allah selamatkan lah perjalanan ku". Doa tersebut menjadi semakin pantas pabila boat di lambung ombak besar. Takut tau tak? Korang dapat bayangkan tak ketakutan aku? haha



Papepun, ia tetap pengalaman yang best, dapat naik Speedboat terbang yang di pandu oleh mat rempit di lautan! Yeahaaa, salute la diorang!! bawak bot macam bawak motor, memang hebat!


Ok, untuk trip kali ini kami memilih Moonlight chalet yang terletak di Long beach. Chalet ni sangat simple.. tiada air-cond, tiada water heater & lain2 barang2 yang canggih! Hanya kipas, 4 biji katil single, balcony & basic toilet yang disediakan. Sesuai untuk "Backpackers" macam kitaorang.. hanya perlukan tempat untuk tidur dan berehat. Harga bilik hanya RM150/night. Murah kan?

Nice view from our chalet

Chalet's balcony 

First time jejak kaki di Long beach, perasaan teruja aku membuak-buak. Pantainya sangat cantik, airnya jernih sampai boleh nampak ikan-ikan kecil berenang ke tepian serta pasir halus-mulus lagi memutih membuatkan aku berasa seperti di syurga dunia. (Haha ayat nak gempak). Tapi serious, korang pasti kagum dengan ciptaan Allah di sana.

Long beach, Pulau Perhentian Kecil



Beautiful white sands

 Relaxing at chalet's restaurant 

The clear sapphire blue water

Beautiful creations

Tenang...

Iman..Kuatkan iman anda

Zon cuci mata

Cuaca dan angin sepoi-sepoi bahasa pada hari tu seolah-olah memanggil aku untuk berenang. Hati ini berkobar-kobar untuk masuk kedalam air..Jadi, aktiviti pertama aku berenang laa. Apa tunggu lagi kan? I just couldn't wait to get into the water. Aku pun berenang sampai tak hengat dunia sehinggalah matahari terbenam! Puas teramat sangat.

Come..Join me!

Sesi apungkan diri

 Look at the water...It's so clear

Bergambar dgn bot transformer



K, di sini korang boleh guna kan khidmat water taxi. Haaa ingat kat darat je ada taxi?? Kat perhentian pun ada. Peranan taxi/boat ni untuk membawa korang ke mana saja nak pergi di sekitar kawasan pulau. Jadi boleh la guna khidmat water taxi ni kalau nak merasai suasana di pantai lain. Takde la boring duk tempat sama je.

Senarai harga perkhidmatan taxi

Suasana petang di Long beach serta-merta menjadi sibuk dengan persiapan pekerja untuk membuka gerai makan di waktu malam.


Persiapan BBQ di waktu malam

Kemeriahan di teruskan pada waktu malam.. dengan aktiviti yang paling aku suke iaitu MAKAN seafood & BBQ!semuanya fresh & sedap dengan harga berpatutan! 


  Antara juadah yang dicuba..BBQ & Local foods
 
Kehidupan malam di Long beach terus meriah & ceria dengan persembahan Fire dance di Back tip Bar sambil dialunkan Dance music yang terus memecah keheningan malam! Para pengunjung turut menari bersama memeriahkan suasana sehingga pagi.. Ohh, sangat seronok! :')


Fire Dance







Sedang asyik menyaksikan Fire dance & Beach Party tanpa disedari hari sudah lewat malam. Dengan badan yang letih seharian berenang, So, apa lagi, balik chalet dan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TIDUR! haha..






.


                                        To be continued..........





.

Sunday 17 June 2012

Jom Makan Tako-Tao : Pasti Mao!

Hari ni merupakan kali ke-3 aku makan Tako-Tao. Tatkala kelaparan, Tako-tao selalu menjelma difikiran..hurmmm, Sedapp woo!! haha.. ketagih aku dibuatnya!

Tako-Tao ni berasal dari Jepun dan ia diperbuat daripada campuran tepung, kobis cincang, Sos merah (tak tau apa namanya), manakala topping pulak ada Mayonnaise, kicap dan sotong kering (kalau tak silap). Terdapat 5 flavour kesemuanya, Octopus dan Chicken & Cheese menjadi pilihan aku.


Berikut adalah senarai flavour dan harga:
Octopus: RM4.90 (Original flavour)
Prawn: RM4.90
Chicken & Cheese: RM4.90 (My favourite)
Unagi (eel): RM5.30
Abalon slice: RM4.90 
Ada 3 biji dalam satu kotak.. Yummy!
Yang menariknya adalah skill tukang masak Tako-Tao ni. Seronok bila tengok aksi kakak tu golek-golek kan supaya ia dimasak dengan sekata, sampai terleka aku melihatnya !   Cayalahh kak ! kalau takde skill memang hancur dah kuih tu..
Golek kak jangan tak golek
Tako-Tao boleh didapati di kebanyakkan Food-court Jusco di Malaysia antaranya Jusco Sunway, Jusco Wangsa Maju, Jusco One Utama, Jusco Midvalley, Jusco dataran Pahlawan Melaka, Jusco Queensbay Mall, Penang, Jusco Station 18, ipoh dan banyak lagi. Jadi kepada yang tak penah cuba, mai cuba Tako-Tao! dah cuba sekali pasti mao lagi! hakhak. Sekian.
Selamat mencuba Semua!