Terlintasnya idea untuk menulis topik kali ini adalah kerana ingin berkongsi apa yang aku yang fikirkan kan mengenai
Cinta. Aku tahu ramai antara kita sudah mengerti apa itu cinta dan aku yakin ramai yang pernah mengalami saat pahit dan manis dalam percintaan, betul tak? mengaku je larhhh, paling kurang pun cinta monyet ye tak? setiap manusia tidak akan dapat lari dari cinta.
Cinta Monyet..Cinta zaman kanak-kanak
"Ada Apa dengan Cinta?", "Benarkah Cinta itu buta!?" , "Mengapa harus bercinta!?" "Cinta abadi sehidup semati katanya", tiap kali kita on radio je terdengar lagu cinta. CINTA...CINTA..CINTA.. tak habis-habis dengan cinta. Sana bercinta, sini bercinta.. Ahhh,
macam-macam lah kisah cinta ni. Sebenarnya, aku bukan lah sangat arif pasal cinta, tapi apa yang aku tahu cinta itu fitrah! Yeahh! It is so true. Rasa ingin di sayangi dan menyayangi itu fitrah manusia. Disebabkan itu, Allah ciptakan Hawa sebagai peneman kepada Adam.
Cinta itu fitrah manusia
Tahukah korang, apa maksud cinta sejati?? Pada pendapat aku,
Cinta Sejati adalah satu perasaan yang tak dapat di ungkap dengan kata-kata malah ia tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan. Cinta sejati juga tidak memandang paras rupa dan ia tak pandai berkira-kira dalam mengejar harta benda. Apa yang perlu ada dalam cinta sejati adalah pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, kesucian, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari Allah demi cinta kita yang abadi..Maka, lahirlah
Cinta Sejati dari sebuah hati ke sebuah hati. TAPI, paling aku suka, cinta sejati tidak mengharap pasangannya yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama pasanganya.Cinta harus di satukan di alam perkahwinan bagi mendapat restu dari Allah swt. Pastinya cinta akan terus mekar sehingga membawa ke syurga.
Cinta sejati kekal abadi di alam perkahwinan
Baru-baru ni kita di kejutkan dengan kisah seorang lelaki yang berkahwin dengan mayat kekasihnya demi cinta sejati. Impian perkahwinan Deffy dan Sarinya berkecai apabila Sarinya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya sehari sebelum majlis perkahwinan mereka di Thailand. Majlis perkebumian dan perkahwinan di jalankan serentak bagi menunaikan impian pasangan terbabit untuk di satukan dalam satu upacara menyayat hati dan disaksikan jutaan penonton di TV kebangsaan di Thailand. Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Cinta sejati tidak akan mati? Mungkin juga...
Kisah cinta Nek Wook Kundur pasti korang pernah dengar kan. Mungkin semua orang pelik macamana nenek berusia 103 tahun ini dapat menawan hati lelaki berusia 33 tahun. Bagi aku cuma satu, ajal & jodoh semua ketentuan Allah, siapa kita nak mempersoalkannya? Tak kisah lah dengan siapa pun jodoh kita yang penting setiap perkahwinan membawa kebaikan dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah je tahu setiap aturan yang dibuat.
Nek wok bersama suami, Md Noor
Cinta tak bermaksud hanya cinta kepada pasangan masing2, tapi juga bermaksud cinta dan sayang kepada ibu bapa, keluarga, negara & bangsa dan paling penting cinta kepada Allah swt. Cinta azali yang membawa kebahagiaan dan keredhaan dunia dan akhirat.Semoga cinta kita kepada illahi terus kukuh selama-lamanya.